Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 3, 2015

BOLA JARING: MALAYSIA IKAT SINGAPURA 35-35


Bola jaring: Malaysia ikat Singapura 35-35


Skuad bola jaring negara berjaya mengikat Singapura selepas seri 35-35 walaupun mendapat saingan sengit daripada musuh tradisi itu pada perlawanan ketiga saingan Sukan Sea Singapura di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura, dekat sini semalam.

Singapura bermula garang apabila berjaya mendahului Malaysia pada suku pertama dengan 13-8 dan terus menambah sembilan mata pada suku kedua untuk mengatasi Malaysia 22-19.

Selepas rehat, sokongan padu penyokong tempatan terus memberi semangat kepada pasukan tuan rumah untuk mendahului Malaysia pada suku ketiga dengan kelebihan lima mata.

Skuad negara bimbingan Aminah Saari tidak cepat mengalah sebaliknya berjaya menguasai suku terakhir dengan menambah 11 mata berbanding Singapura yang hanya menambah lima mata untuk keputusan seri 35-35.

"Bagi saya pasukan negara telah berjaya mencipta kemenangan besar malam ini apabila mereka berjaya mematahkan perang psikologi yang dilakukan oleh penyokong Singapura yang membuat bising hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Aminah berkata beliau telah menjangkakan perkara seperti itu akan berlaku dan telah mengingatkan pemain agar terus fokus kepada perlawanan tanpa mempedulikan apa yang berlaku di luar gelanggang.

"Saya tidak sangka pemain kita mempunyai kekuatan mental yang tinggi dan mereka telah berjaya membuktikan sesuatu yang besar malam ini," katanya.

Menurutnya, beliau percaya bahawa kejayaan malam tadi merupakan penanda aras bahawa pasukan negara semakin matang dan mempunyai peluang cerah untuk berjaya dalam acara yang kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA selepas 14 tahun.

Malaysia adalah pemenang pingat emas pada edisi 2001 di Kuala Lumpur.

0 comments:

share2