Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 29, 2015

KUANTAN: PELAJAR DITAHAN BAWA MERCUN MASUK STADIUM


Pelajar ditahan bawa mercun masuk stadium


Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis kerana membawa masuk lima butir mercun jenis bola ke dalam Stadium Darul Makmur ketika perlawanan Liga Super Pahang menentang JDT di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pelajar berusia 14 tahun dari Taman Inderapura di sini ditahan kira-kira jam 11.45 malam ketika berada di Zon Ultras (Penyokong Pahang) menyaksikan perlawanan.

Menurutnya, anggota bertugas di zon tersebut bertindak menahannya untuk pemeriksaan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas pelajar tersebut, polis menemui lima butir mercun jenis bola dalam stoking yang dipakai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Aziz berkata, remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

“Kita melakukan siasatan bagi mengenal pasti tujuan remaja itu membawa masuk mercun terbabit sama ada untuk meletupkan bagi meraikan kemenangan pasukan disokong atau sebaliknya.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana peringatan demi peringatan selalu diberikan pihak polis tentang kesalahan membawa bahan letupan ke dalam stadium,” katanya.

0 comments:

share2