Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 29, 2015

ADIK RAYYAN PERLU 300K UNTUK KOS PEMBEDAHAN




TAK siapa menyangka adik Rayyan Seif Rizqin Mohamad Shukor, 5, yang dahulunya seorang aktif kini terlantar sakit selepas disahkan menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) iaitu penyakit yang jarang-jarang berlaku di Malaysia.

Difahamkan hanya enam kes sama yang pernah dicatatkan di Malaysia sejak tahun 90-an.

Menurut bapa kanak-kanak tersebut, Mohamad Shukor Ahmad, 33, keadaan anaknya menjadi lebih serius apabila Rayyan turut disahkan menghidap jangkitan EBV yang mempunyai hubung kait dengan HLH, baru-baru ini.

“Doktor mengesahkan Rayyan memerlukan pemindahan sumsum tulang dan keadaan tidak membantu apabila dia turut disahkan menghidap jangkitan EBV yang menyebabkan jumlah sel darahnya terlalu tinggi. Bilangan yang normal adalah paras ribuan, tetapi terdapat 31 juta dalam badan Rayyan ketika ini. Penyakit ini berisiko ‘memakan’ organ dalaman Rayyan,” kata Mohamad Shukor yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur.

Sebagai seorang ibu, Norazlin Hamzah, seorang surirumahtangga meluahkan perasaan sedihnya dengan nasib yang menimpa cahaya matanya itu yang dahulu seorang anak yang aktif dan cukup keletah.

Sejak dikesan penyakit tersebut, Rayyan terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak dua kali dalam masa seminggu.
pix
pix1


“Semuanya terjadi secara tiba-tiba. Rayyan adalah kanak-kanak yang pintar dan aktif. Apabila melihat keadaannya yang terlantar, ia cukup meruntun hati saya.

“Pada saya, Rayyan sangat kuat semangat. Dia tidak pernah menyatakan kesakitannya, lebih-lebih lagi kini dia terpaksa menjalani kemoterapi untuk orang dewasa akibat jangkitan EBV. Dua kali sesi kemoterapi dalam seminggu bukan perkara yang mudah untuk ditanggung oleh kanak-kanak sekecil Rayyan. Saya amat berharap dapat melihat Rayyan kembali sihat dan menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Adik Rayyan, anak sulung daripada dua beradik ini perlu segera melakukan pemindahan sumsum tulang bagi memulihkannya, namun sehingga kini doktor yang merawatnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras belum berjumpa dengan penderma yang sesuai bagi pembedahan tersebut.

Adik perempuan Rayyan, Rayna Nur Rizqin, 4, sudah didiagnosis namun tulang sum sumnya tidak sesuai dijadikan penderma untuk abangya.

Menurut bapa Rayyan yang merupakan seorang kakitangan swasta, mereka kini sedang menunggu penderma yang sesuai dan jikalau tiada penderma yang sesuai dalam tempoh lapan minggu ini, ibu bapa Rayyan merupakan pilihan terakhir doktor sebagai penderma untuk Rayyan.

Kos pembedahan perlu dikumpul adalah sebanyak RM300,00 untuk menjalani pembedahan di Singapura selain kos perubatan lanjutan untuknya.

Ibu bapa adik Rayyan turut berhasrat mahu menggunaakn sebahagian daripada bantuan kewangan yang bakal diterima kelak bagi menubuhkan Yayasan Rayyan, sebuah yayasan bagi membantu mereka yang menghadapi penyakit sama selain mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Malaysia terhadap penyakit HLH.

Bagi anda yang ingin menyumbang bagi meringankan beban dan penderitaan yang dilalui adik Rayyan sekeluarga, di bawah merupakan butiran akaun milik bapa dan ibu Rayyan untuk makluman anda.

Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinan, marilah kita bersama-samalah menyumbang seikhlas mungkin bagi memberikan sinar kehidupan yang baharu buat adik Rayyan, InsyaAllah.

Butiran Akaun :
Nama: Mohamad Shukor Bin Ahmad
Akaun CIMB : 7029372297
Akaun Bank Islam : 07016020510718
Akaun HSBC : 041010174109
Nama: Norazlin Binti Hamzah
Akaun CIMB : 7003976683
Akaun Maybank : 164025013638

0 comments:

share2