Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 4, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : GST BUKAN SEBAB KENAIKAN HARGA BARANG



Tok Awang ke Felda Selancar semalam, kemudian ke Keratong 4, jumpa kawan-kawan dari Maran yang berkampong di sana. Semuanya sihat dan gembira serta yakin BN akan meraih kemenangan dalam PRK Rompin nanti. Hajat nak jumpa Ketua Bahagian, tapi KB tak ada... sibuk jalankan tugasnya. Tok Awang pun sembang-sembanglah dengan Ketua Pemuda... Sdr. Saiful Anuar Mokhtar.. tanya pasal isu sekitar.

Memang GST jadi isu utama disesetengah tempat dan diperingkat nasional, tapi di sini orang kampong dan peneroka tidak peduli.

Masalah sebenar adalah isu kenaikan harga barangan. Tapi kenaikan harga barangan bukan baru sekali ini dan bukanlah kerana GST. Sebelum ini dah beberapa kali harga barangan naik. Tok Awang ingat lagi, zaman Tun Mahathir pun, tiap kali gaji dinaikkan harga barang-barang juga akan naik. Bila harga minyak naik, harga barang juga naik. Tapi tak pernah pula terjadi harga barang turun bila harga minyak turun. Kenapa? Ada yang pernah bertanya? Ada yang marahkan peniaga?

Kini, bila sistem percukaian GST dilaksanakan, harga barang yang sudah termasuk cukai SST sebanyak 16% sepatutnya diturunkan kemudian baru ditambah 6%. Namun ini tidak berlaku dan peniaga pula menambahkan 6% cukai GST lagi kepada cukai SST yang ada. Apakah peniaga tidak faham atau diberi kefahaman mengenainya?

Mustahil mereka tidak faham kerana semasa Tok Awang melawat Kg. Kedaik (perkampongan asli) mereka juga tahu itulah yang sepatutnya berlaku. Soalnya; kenapa pembangkang tidak berdemo kepada peniaga yang menaikkan harga barang-barang sebaliknya mereka salahkan kerajaan yang ingin laksanakan GST yang sepatutnya menurunkan harga barang.

Jika masyarakat orang asli faham dan tahu serta tidak sebodoh itu untuk ditipu, kepana pula kita jadi lebih bodoh dan tertipu oleh mainan pembangkang?

Caj telefon dan GST juga sudah jadi isu yang dimainkan oleh pembangkang. Jika kita tidak lagi berikan subsidi kepada minyak kerana ianya turut menguntungkan warga asing, maka caj kad pra-bayar juga adalah dengan alasan sama. Berapa ramai Bangla dan Indon serta Vietnam disini dan berapa banyak mereka gunakan telefon untuk urusan peribadi mereka.

Tok Awang cuma nak tanya setakat mana kita mampu berlaku adil kepada semua orang? Jika kita ada 2 anak, satu 17 tahun dan lagi satu 7 tahun, apakah adil jika kita berikan mereka sama rata RM10.00 seorang atau adilkah kita beri yang kecil RM10 dan yang besar RM100 kerana keperluannya berbeza?

Tok Awang sedar bahawa orang melayu sememangnya susah hendak bersatu. Pas umpamanya lebih rela bersahabat dengan DAP dari dengan UMNO yang nyata Islam dan perjuangkan Islam. Kenapa ini terjadi? Tanyalah diri sendiri.


Tok Awang Selampit.




0 comments:

share2