Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 28, 2015

[KUANTAN] TIDAK BENAR KEBOCORAN GAS TANGGUHKAN SIDANG DEWAN




Keadaan kelam-kabut seketika apabila kebocoran gas disedari berlaku di tingkat 6 Wisma Sri Pahang. Tingkat berkenaan selain menempatkan bilik komputer juga merupakan bilik bagi penyimpanan data maklumat.

Operasi ditingkat berkenaan dihentikan serta-merta apabila beberapa pekerja ditingkat berkenaan menyedari berlakunya kebocoran gas yang kenali sebagai gas Hartindo AF11E.

Gas Hartindo AF11E merupakan gas yang biasa terdapat pada alat pemadam api.

Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Kuantan Adli Awang Mohammad, kejadian berlaku pukul 11.30 pagi dan menyebabkan 2 pekerja terpaksa dibawa ke hospital kerana lemah akibat terhidu gas.

Siasatan mendapati kebocoran berpunca daripada suhu panas di bilik data maklumat menyebabkan gas berkenaan dilepaskan.

Saksi menyatakan beliau dan rakan-rakan melakukan kerja seperti biasa apabila terhidu bau gas dan melihat rakan sekerja yang duduk berhampiran di bilik data maklumat hampir pengsan lalu mengambil tindakan keluar dari pejabat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Gas Hartindo AF11E selalunya ditempatkan di bilik yang mempunyai alatan elektrik dan apabila berlaku kebakaran, ia secara automatik akan keluar seperti sistem alat semburan air automatik bagi memadam kebakaran.

Menurut bomba, gas dapat dihentikan dan tingkat berkenaan juga didapati selamat selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Kenyataan dibeberapa laman blog dan portal menyatakan insiden berkenaan menyebabkan Sidang Dewan Undangan Negeri dihentikan adalah tidak benar kerana tempat kejadian dan dewan persidangan adalah di dua tempat yang berasingan.



0 comments:

share2