Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 4, 2015

#PRKRompin : PR1MA PAHANG - 2 RIBU SIAP, 15 RIBU AKAN SIAP HUJUNG TAHUN INI



Oleh Zainal A. Shamsudin


Rompin, 4.5.2015 - Lebih 27,000 unit rumah projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Pahang dijangka siap 2 tahun lagi . Sementara pembinaan 2,000 unit rumah yang bermula dua tahun lalu sudah siap sepenuhnya. 15,000 unit lagi dijangka siap hujung tahun ini.

Pada PRU 13 dua tahun lalu, Manifesto BN menjanjikan hanya 15,000 unit rumah mampu milik dibina untuk rakyat Pahang, tetapi kini 69 projek PR1MA sedang membina hampir dua kali ganda unit rumah daripada yang dijanjikan.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan Pahang akan menumpukan pembinaan rumah berharga RM 80,000.00 pula selepas ini bagi menentukan golongan berpendapatan rendah pula mampu membeli rumah di Pahang.

“Projek PR1MA Pahang untuk masa akan datang akan mempastikan sekurang-kurangnya separuh daripada kawasannya dibina dengan rumah kos rendah, tetapi mempunyai keluasan yang selesa untuk golongan miskin”.

“Kerajaan sedia menurunkan harga premium tanah untuk pemaju perumahan bagi menentukan semua golongan rakyat dapat memiliki rumah dan kelulusan bagi pembinaan rumah pula diproses dengan cepat .”

“Ini membuktikan kami bersungguh dan komited bagi memenuhi kemahuan rakyat bagi membeli rumah mampu milik ini’” kata Adnan.



0 comments:

share2