Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 23, 2015

`PERNIAGA INI JAHAT, DIA YANG `TITIK' ORANG RAMAI'


Najib Tun Razak


Gopeng - Tindakan segelintir peniaga mengeksploitasi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan rakyat terbeban apabila sistem percukaian itu dilaksana pada 1 April lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Masalah GST disebabkan peniaga. Peniaga ini jahat... dia nak 'titik' orang ramai, dia yang tidak bertanggungjawab bukan kerajaan, kita punya dasar lain.

"Apabila peniaga mengeksploitasi keadaan ini, rakyat salahkan kerajaan dan perdana menteri. Semua orang hempap atas kepala saya, walhal niat hati saya adalah untuk mengukuhkan kewangan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Perdana menteri berkata, demikian ketika berucap di hadapan lebih 20,000 orang ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.

Beliau berkata, peniaga sepatutnya mengurangkan harga selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuhkan namun mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya mengambil kesempatan menaikkan harga sebanyak enam peratus, menggunakan alasan GST.

"SST (sebanyak) 10, 5 peratus kita mansuh. Ada orang tidak tahu dulu ada SST, tetapi masalahnya (pemansuhan) SST dulu patut dikurangkan harga tetapi ini ditambah enam peratus lagi, inilah puncanya.

"Kalau nak marah, marah pada peniaga, merekalah yang perlu dipersalahkan kerana mereka tidak ada hati perut untuk fikir kepentingan rakyat," kata Najib.

Perdana menteri berkata, menerusi sistem percukaian GST, hasil negara akan meningkat dan banyak bantuan boleh disalur kepada rakyat, termasuk dari segi infrastruktur serta keperluan rakyat.

"Kalau nak tambah BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), saya boleh tambah. Kalau nak jalan saya boleh tambah, kalau kakitangan kerajaan nak tambah bonus dan pencen, boleh dipertimbangkan.

"Ini boleh kita lakukan dengan syarat kita ada punca kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta pihak berkaitan terus mempergiat penguatkuasaan serta bertindak lebih tegas dengan mengheret peniaga yang tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan.

"Saman mereka (peniaga), pengguna tolong beritahu kita apa kesalahan mereka supaya kita boleh bertindak," katanya.

Najib berkata, kerajaan sudah menjangka masalah sebegini akan berlaku apabila GST dilaksana di negara ini.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan mengambil langkah menaikkan jumlah pemberian BR1M daripada RM650 kepada RM950.

Katanya, masalah berkaitan isu GST dijangka mampu ditangani dalam tempoh setahun.

"Saya akan bentang kepada rakyat setiap ringgit tambahan hasil negara yang berkaitan GST untuk pengetahuan rakyat.

0 comments:

share2