Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 25, 2015

PEKERJA BINAAN MRT MAUT TERTIMBUS


MRT


Kuala Lumpur - Seorang pekerja warganegara Bangladesh maut tertimbus di tapak pembinaan kerja-kerja pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT) Stesen Tun Razak Exchange (TRX) awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi, mangsa, Safikul, 28, tertimbus selepas binaan sementara yang dibina runtuh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Safikul yang merupakan pekerja seliaan sub kontraktor yang dilantik, SP Mega Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja konkrit terperangkap di dalam runtuhan manakala pekerja yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan.

"Pihak SP Mega Sdn Bhd akan memaklumkan mengenai insiden ini kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh dan akan menguruskan penghantaran pulang mayat selepas bedah siasat dilakukan," kata kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu.

Sementara itu, tempat kejadian ditutup buat sementara waktu untuk siasatan lanjut.

0 comments:

share2