Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 28, 2015

JANGAN `SHARE' ELAK ISU JADI VIRAL


Media sosial


Kuala Lumpur - Pengguna media sosial perlu melaporkan terus kepada pihak berkuasa berhubung sebarang salah laku atau isu yang dibimbangi dan bukan sekadar membuat aduan melalui laman sosial. 

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yasin berkata tindakan penyebaran sesuatu isu melalui media sosial hanya akan menjadi viral, namun belum tentu dapat menyelesaikan masalah berkenaan. 

"Apabila kita lihat sesuatu perkara yang tidak betul di media sosial, kita jangan 'share' supaya perkara ini tidak jadi viral. Sebaliknya laporkan terus kepada pihak berkuasa," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa Sidang Kemuncak Media Asia (AMS) 2015 di sini, hari ini. 

Malaysia menjadi hos AMS ke-12 itu dengan tema 'Transforming Broadcasting in the Social Media Era'. 

Sidang tiga hari itu yang bermula semalam disertai 500 pengamal media dari seluruh dunia. 

Dalam pada itu Zulkarnain berharap pengguna media sosial sentiasa mengamalkan sikap 'self regulation' atau pengawalaseliaan kendiri semasa melayari Internet. 

Beliau berkata SKMM akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan bersesuaian berhubung isu-isu yang dibangkitkan termasuk yang mengancam keselamatan negara.

0 comments:

share2