Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 22, 2015

ISTERI RAYU SUAMI PULANG


Isteri rayu suami pulang


Kuala Pilah – Seorang wanita di sini, merayu suaminya agar pulang ke pangkuannya selepas menghilangkan diri sejak Oktober 2014.

Hamidah Wahid, 62, berkata, kali terakhir dia menemui suaminya, Md Isa Abdul Rahman, 63, ketika menjadi wali kepada anak perempuannya, Nurul Asyikin, 24, pada 3 Oktober 2014.

Menurutnya, dia tidak tahu punca kenapa suaminya itu tidak mahu pulang ke rumahnya di Taman Selasih sehinggalah pada dua minggu lalu, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seorang perempuan yang mendakwa tinggal di Tanjung Malim, Perak.

“Dalam SMS itu tertulis, suami saya tidak akan pulang ke rumah ini kerana sudah berkahwin lain.

“Saya terkejut juga kerana menerima SMS macam itu. Saya cuba hubungi suami tetapi nombor itu tidak digunakan lagi," katanya.

Hamidah berkata, sekarang dia kecewa kerana diperlakukan seperti itu.

"Saya masih sayangkan suami kerana ketika susah senang kami bersama. Saya yang banyak bantu dia terutama ketika mengambil lesen memandu.

“Walaupun pada awalnya saya marah kerana dia merahsiakan perkahwinan baru itu selama lima tahun, tetapi bila difikirkan balik, saya reda dan terima ketentuan-Nya. Cuma saya hairan, kenapa suami saya tidak hubungi saya,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini, rumahnya pernah terbakar pada 15 Mei lalu, namun kejadian itu tidak dapat dimaklumkan kepada suaminya.

“Sehingga kini suami saya masih belum tahu rumah ini pernah terbakar.

“Saya tahu mungkin dia rasa bersalah kerana menyembunyikan perkahwinan barunya tetapi saya sudah merimanya," katanya yang mengidap penyakit diabetes.

Katanya, suaminya bekerja sebagai pemandu bas persiaran dan berasal dari Jasin, Melaka.

Jika sesiapa mengenali suami saya diharap dapat menghubungi talian 01133313230 atau 01133318119," katanya.

0 comments:

share2