Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 26, 2015

ENGGAN BERPISAH DENGAN IBU

Empat rentung dalam kemalangan di LPT II



HULU TERENGGANU - Umar Rayyan Suhaimi, enam tahun, pada mulanya enggan berpisah dengan ibu untuk ke Muadzam Shah, tetapi akur bila dipujuk, dan keengganan itu bagaikan alamat yang dia akan pergi selamanya apabila menjadi mangsa kemalangan yang rentung di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Bukit Besi semalam.

Kata-kata terakhir kepada ibunya ialah "Goodbye, I love You Ibu" sebelum melangkah pergi mengikut bapa saudaranya menghadiri konvokesyen sepupu rapatnya Nur Syalia Rosli, 23.

Menurut ibunya Zainab Wangai, 34, anak tunggalnya itu memeluk dan mencium seluruh mukanya seperti tidak mahu berpisah dan pada awal paginya telah memberitahu beliau, yang dia mahu tinggal di rumah, menemani ibu kerana tidak mahu tinggalkan ibu seorang diri.

Zainab berkata Umra Rayyan sangat rapat dengan Nur Syalia yang menuntut di Politeknik Muadzam Shah, Pahang dan berkali-kali sepupunya itu berpesan supaya Umar turut serta menghadiri majlis konvokesyennya.

"Saya agak pelik pagi itu arwah seperi berat hati untuk ke sana dan sebelum itu Umar turut meminta saya belikan hadiah sempena konvokesyen sepupunya itu namun saya tidak sempat dan hanya memberikan wang kepadanya,," katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Hulu Terengganu di sini.

Zainab yang bekerja di sebuah pusat servis Perodua di Kelantan berkata beliau telah memohon cuti bagi menyertai majlis anak saudaranya itu namun permohonan cutinya ditolak.

Menurutnya pada kira-kira pukul 2 petang kejadian itu, kakaknya Sharifah Wangai, 49, ada menghubunginya memaklumkan kereta yang mereka naiki mengalami kerosakan di LPT2.

Beliau meminta untuk bercakap dengan Umar namun ketika itu anaknya tidur.

Namun kira-kira pukul 4.50 petang kakaknya sekali lagi menelefon dan memaklumkan semua meninggal dunia akibat kereta terbakar.

Semalam, empat orang termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki enam sekeluarga itu terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo yang menuju ke Johor.




0 comments:

share2