Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 14, 2015

UMNO KEDAH AKAN SOKONG NAJIB TANPA MUKHRIZ

Ahmad Lebai Sudin Adun Bukit lada



Alor Setar – UMNO Kedah mungkin berpecah sekiranya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus mengambil sikap berdiam diri dalam isu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Isu kepercayaan kepimpinan ini timbul apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan beliau telah hilang kepercayaan dan tidak lagi menyokong Perdana Menteri.

Menurut Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, sekiranya keadaan ini berterusan, kepimpinan Umno peringkat bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kedah, mungkin akan mengadakan satu perjumpaan khas tanpa Mukhriz bagi membincangkan sokongan mereka kepada Najib.

“Sekiranya Mukhriz enggan menyatakan sokongan secara terbuka saya dan Adun-Adun yang lain akan membuat satu kenyataan berasingan bagi menyatakan sokongan tersebut.

“Dalam perjumpaan yang diadakan oleh Menteri Besar pagi tadi, beliau memaklumkan Umno negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 haribulan April ini di Kuala Lumpur,” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Ahmad, tindakan Mukhriz itu dilihat sengaja ingin melengah-lengahkan untuk menyatakan pendirian sebenar beliau sambil menyifatkan ia terlalu lambat.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dan masa perjumpaan tersebut akan diadakan.

Semalam SuaraTV melaporkan gesaan Ahmad Lebai Sudin agar Mukhriz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya tidak lagi menerima kepimpinan Perdana Menteri kerana jawatan Menteri Besar merupakan jawatan lantikan Perdana Menteri.



0 comments:

share2