Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 1, 2015

RAK DI PASAR RAYA KOSONG GARA-GARA PANIK GST


Rak di pasar raya kosong gara-gara panik GST


Shah Alam - Rak-rak barang keperluan terutama bagi susu formula dan lampin pakai buang kanak-kanak kelihatan kosong di empat pasar raya sekitar Shah Alam, semalam.

Selain itu, terdapat juga barang keperluan lain berkurangan seperti telur, tepung dan gula.

Seorang pekerja sebuah pasar raya yang ditemui semalam berkata, pasar raya itu kehabisan stok bekalan telur sejak semalam dan stok baharu masih tidak sampai.“Telur sudah habis, orang ramai beli,” katanya.

Bagaimanapun, bekalan telur di tiga pasar raya lain didapati masih mencukupi.

Hasil tinjauan di empat pasar raya itu juga mendapati tidak ramai pengguna keluar membeli-belah semalam. Seorang pelanggan di sebuah lagi pasar raya yang hanya mahu dikenali sebagai Norsalbiah berkata, sudah menjadi rutin bulanannya untuk membeli barang di pasar raya itu, namun dia tidak terfikir untuk membeli barang sebagai stok berikutan pelaksanaan GST.

“Kebetulan anak bersekolah di kawasan berdekatan, sebelum mengambil anak di sekolah saya singgah dan beli barang-barang yang selalunya murah di sini,” katanya.

Dia mengakui melihat jumlah pengunjung pusat membeli-belah dan pasar raya yang agak luar biasa pada hujung minggu lalu.

“Mungkin membeli-belah sebelum GST,” katanya.

0 comments:

share2