Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 23, 2015

PENCARUM KWSP KEKAL HAK KELUAR CARUMAN PADA USIA 55 - PM






Kuala Lumpur: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal hak untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau berkata, sebarang perubahan hanya terpakai jika ahli memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun. 

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Invest Malaysia 2015 di sini, sebentar tadi. Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari. 

Beliau berkata, KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan hanya akan terpakai kepada caruman baharu membabitkan ahli yang berhasrat menyambung perkhidmatan selepas umur 55 tahun.

 "Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun," katanya.



1 comments:

  • Anonymous says:
    April 23, 2015 at 11:32 AM

    Wang simpanan hasil perkerjaan seumur hidup. Ia akan hilang sekelip mata jika tak tahu mengtabir dan menguruskannya. Banyak orang yang saya kenal tak tahu urus wang yang banyak tiba-tiba diserahkan pada mereka. Bila ditanya mana wang yang kamu dapat pergi mereka tak tahu kemana ia dibelanjakan. Bila di simpan dikatakan lokek dan bila dibelanjakan di kata boros. Bagaimanpun yang paling baik jadikan duit itu sebagai sumber pendapatang sepanjang baki hayat sesaorang. Supaya tidak minta-minta di hari tua kelak

share2