Penampilan Mat Sabu selaku Naib Presiden PAS gagal menarik kehadiran orang ramai di tengah kehangatan PRK Rompin kali ini.Ceramah yang diadakan di Kg Mentara Kuala Rompin malam semalam turut mengundang YDP PAS Cameroon Higland iaitu Karim Mohd Noor.Kehadiran yang mengecewakan jelas menunjukkan bahawa Mat Sabu adalah antara mereka yang tidak mendapat tempat di hati penyokong PAS sendiri .
Penolakan ini jelas tidak dapat dinafikan bila salah seorang pihak yang Pro Pakatan Khalid Samad yang berceramah di bandar Kuala Rompin semalam menerima nasib yang sama.Jika penyokong PAS sendiri gagal hadir untuk memenuhi ruang bagaimanakah agaknya sokongan dari penduduk Rompin.
Kehadiran Mat Sabu dalam penamaan hari semalam hanyalah lakonan semata mata memandangkan sekarang beliau sedang kempen untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS dan bukannya atas jemputan pemimpin PAS di peringkat cawangan yang melarang Mat Sabu berceramah dipentas ceramah ketika kempen PRK Rompin memandangkan calon PAS ketika ini Nazri Ahmad adalah dari mereka yang dikatakan penyokong Presiden PAS Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan calon Naib Presiden untuk pemilihan PAS yang masih berlangsung kini.
hai mamat ni pukul berapa lu angakat ini gambar majlis belum start tentu org belum ramai lai ma.