Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 13, 2015

KUANTAN: WASPADA MADU TIRUAN


Waspada madu tiruan


Penggemar madu diingatkan berwaspada dengan peniaga madu tiruan yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, beliau tidak menafikan ada pihak yang mengambil kesempatan menjual madu tiruan.

Menurutnya, tindakan segelintir pengusaha madu lebah dan kelulut yang bertindak mencampurkan madu dengan gula disifatkan tidak jujur kerana ia boleh memberi kesan terhadap pasaran bahan itu.

“Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata boleh memberi kesan terhadap pengusaha madu lain yang mengeluarkan dan menjualnya dengan ikhlas.

“Pengusaha atau penjual madu tidak sepatutnya bertindak mencampurkan madu bersama gula yang boleh menjejaskan kesihatan kepada pengguna.

“Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya melakukan penipuan seperti itu semata-mata untuk mengaut keuntungan berlebihan,” katanya selepas melawat Ladang Madu Kelulut Sariki Enterprise di Kampung Seri Damai, di sini.

Hadir sama, pengusahanya, Mohamad Sukria Wahab dan Pegawai Pemasaran Suqairi Sulong.

Shafik Fauzan berkata, pengguna terutama penggemar madu supaya membuat ujian bagi memastikan madu yang dibeli di pasaran adalah asli.

“Kita boleh menguji sendiri keaslian madu itu dan kaedah yang paling mudah ialah madu tidak akan beku apabila diletakkan di dalam peti ais," katanya.

0 comments:

share2