Namun, inilah hakikat kebenarannya apabila sebuah kedai seks halal yang bakal menjanjikan keistimewaan khususnya kepada pasangan yang berkahwin dalam menjalinkan hubungan intim dibuka di Tanah Suci.
Berita ini dipetik dari laporan portal berita bahasa Arab, Alyaoum24, yang menyatakan kedai berkenaan dibuka untuk memenuhi kehendak pelanggan Islam dan mula berkembang di negara tersebut.
Menurut apa yang diterangkan oleh pengasasnya, Abdelaziz Aouragh berkata, dia telah berjumpa dengan ulama Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran untuk menjual barang-barang ‘halal’ yang akan menjamin peningkatan dalam hubungan seks antara suami dan isteri.
“Produk kami tidak termasuk anak patung kembung tetapi produk yang meningkatkan nafsu dan meransang suasana di antara pasangan dalam hubungan seks mereka,” katanya seperti dilapor AFP.
Difahamkan juga, Abdelaziz turut meminta bantuan sebuah syarikat Jerman, ‘Beate Uhse’ memandangkan syarikat tersebut merupakan pembekal terbesar produk ‘peransang seks’ di Eropah dan akan menjual 18 jenis alat seks yang ‘diluluskan’ Islam di kedainya.
Apa yang dikhuatiri, pembukaan kedai sebegini akan menyebabkan kesucian bandar Mekah itu tercemar. Lihat saja dari gambar-gambar yang dipaparkan. adalah tidak wajar kedai sebegini dibuka meskipun pada dasarnya mensasarkan golongan yang sudah 'berkahwin'.
0 comments:
Post a Comment