Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 22, 2015

BERA : BELI HANYA DARIPADA PIHAK BERLESEN

'Beli hanya daripada pihak berlesen'


Kes kecurian buah sawit menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 20 laporan polis direkodkan sepanjang Januari sehingga kini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, daripada 20 laporan polis itu, tiga suspek berjaya ditangkap dan dituduh atas kesalahan mencuri buah sawit.

“Pada tahun lepas, hanya dua suspek yang berjaya ditangkap atas kesalahan sama. Secara tidak langsung, ini menunjukkan kes kecurian buah sawit di daerah ini semakin berleluasa.

“Kejadian ini boleh dibanteras sekiranya polis mendapat kerjasama daripada orang awam dan juga peniaga serta pembeli buah sawit sekiranya terdapat individu yang menjual sawit curi,” katanya pada Majlis Dialog Bersama MPOB, PDRM dan Peniaga Buah Sawit Daerah Bera, semalam.

Hadir sama, Ketua Wilayah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Wilayah Timur, Shafie Abdul; Penolong Kanan MPOB, Mohd Rahim Awang dan Adun Triang, Leong Yu Man.

Zul Haizal berkata, jika mengikut syarat yang ditetapkan MPOB, peniaga atau pembeli hanya boleh membeli atau menerima buah sawit daripada individu atau syarikat yang mempunyai lesen dan geran sahaja.

“Tetapi, ada dalam kalangan peniaga ini tidak kisah dengan perkara itu sebaliknya hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan membeli sawit daripada pihak yang tidak mempunyai lesen.

“Malah, kita tidak menerima aduan secara terus daripada pembeli yang mengatakan bahawa ada pihak yang menjual buah sawit curi walaupun buah sawit itu,” katanya.

Beliau berkata, ada juga individu yang membawa beberapa tandan buah sawit untuk dijual menggunakan kereta dan situasi ini tidak logik untuk menerangkan pihak terbabit pemilik sebenar buah sawit itu.

"Peniaga sepatutnya mensyaki perkara ini dan minta pihak terbabit tunjukkan lesen dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh buat laporan polis dengan maklumat yang lengkap.

“Asalkan kita mendapat kerjasama daripada peniaga, kes kecurian buah sawit ini akan dapat diatasi,” katanya.








0 comments:

share2