Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 22, 2015

HAFIZ HAMIDUN DITEMPELAK




Selepas Wardina Saffiyah menyuarakan pendapat agar tanda salib di sebuah gereja di Taman Medan, Petaling tidak diturunkan, selebriti Hafiz Hamidun juga nampaknya mempunyai pandangan yang sama.

Hafiz menerusi laman Facebook rasminya, meluahkan rasa kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang tetap berkeras mahu salib itu diturunkan dengan membuat demo. Menurutnya, perkara seperti itu tidak pernah diajar dalam agama Islam mahupun adab masyarakat Melayu.

Status ini mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, ada individu yang menyarakan agar Hafiz membuat kajian mengenai motif tersembunyi di sebalik simbol salib yang berada di gereja tersebut dimana ia merupakan salah satu agenda Kristian untuk menyesat serta memurtadkan orang Islam di sekitar kawasan tersebut.



Isu mengenai agak sensitif apatah lagi kita hidup didalam negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Pihak yang berkenaan harus menyelidik perkara seperti ini dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang tindakan.



0 comments:

share2