Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 2, 2015

ANAK SAKIT KULIT KESAN PENCEMARAN


Anak sakit kulit kesan pencemaran


Masalah pencemaran debu yang berlaku di kawasan RTP Bukit Goh bukan perkara baharu, malah isu itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak terutama penduduk termasuklah ibu bapa pelajar Maahad Tahfiz Anwarul Tanzil Al-Othmaniah.

Bagi Noridayu Yamat, 32, sejak masalah pencemaran berlaku di kawasan itu, kesihatannya anak sulungnya terganggu apabila mengalami batuk yang berpanjangan dan kulit menjadi gatal.

Menurutnya, batuk yang dialami Muhammad Fakhrul Afiq Mohd Fadillah, 11, berlarutan hingga sebulan manakala masalah kulit belum sembuh sepenuhnya.

“Saya terkejut apabila melihat kulitnya yang berkudis malah ada satu ketika, hidungnya turut berkudis sehingga berbau.

“Saya dan suami mendapatkan rawatan pakar dan syukur masalah itu dapat diatasi, cuma masalah gatal belum sembuh,” katanya.

Noridayu berkata, sebagai ibu, dia sangat berharap pihak bertanggungjawab buka mata terhadap isu pencemaran ini.

Bagi Zuli Mohammad, 40, masalah pencemaran yang berlaku menimbulkan rasa kesal terutama kepada ibu bapa.

Katanya, masalah itu seolah-olah menjadi tidak terkawal dan pihak berkuasa seharusnya bertindak di bawah kuasa yang ada.

“Sampai bila masalah debu ini akan berlaku. Anak-anak di maahad ini berdepan dengan masalah yang serius.

“Sekarang ibu bapa terpaksa datang seminggu sekali untuk ambil pakaian kotor kerana keadaan berdebu menghalang pakaian dijemur,” katanya.

0 comments:

share2