Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 28, 2015

TOK AWANG SELAMAT : GST DAN KENAIKAN HARGA BARANG



Tinggal beberapa hari lagi GST akan dilaksanakan. Masih ramai yang kurang faham mengenainya. Entahlah salah siapa. Ramai juga yang sengaja buat-buat tak faham untuk mengelirukan dan mengeruhkan keadaan. Yang faham ramai juga hanya berdiam diri.

Tok Awang pasti GST itu sangat baik untuk kerajaan dan negara. Ianya juga sebenarnya akan mengguntungkan rakyat kerana barangan sepatutnya dijual dengan harga lebih rendah disebabkan ketiadaan cukai berganda.

Selama ini SST yang dipraktikan, ramai kalangan peniaga mengelak membayar cukai kepada kerajaan. Dengan GST mereka tidak lagi dapat mengelak diri dari membayar cukai, walaupun masih ada sebilangan yang masih dapat mengelak dengan memberikan kenyataan palsu ketika mendaftar GST (gamoknya).

Seperti yang kerajaan nyatakan, dengan GST harga barangan sepatutnya lebih murah tetapi kenapa ada pihak yang sengaja menaikkan harga barangan yang sepatutnya diturunkan? Tok Awang dapat melihat dengan jelas sesetengah barangan telah dinaikkan sebelum GST dikuatkuasakan.

Kita faham bahawa perniagaan dimonopoli oleh pihak dan kaum tertentu. Tok Awang harap kenaikan harga barang oleh peniaga bukanlah satu tekanan kepada kerajaan atau sebagai satu pernyataan bahawa peniaga lebih berkuasa dari kerajaan dalam menentukan harga barang.

Tok masih ingat, ketika harga minyak naik, peniaga menaikan harga barang dengan alasan kenaikan harga minyak, namun apabila kerajaan menurunkan harga minyak kenapa peniaga tidak menurunkan semula harga barang?

Kalau keadaan itu kita ambil kira sebagai petunjuk, nampaknya kerajaan gagal mengawal golongan peniaga dan kerajaan gagal menentukan harga barangan. Kerana itu terpaksa Pak Menteri mengistiharkan jihad menentang kenaikan harga dan mengajak rakyat bersama-sama.

Kita akan menghadapi zaman gawat. Tok nak nasihatkan kepada anak-cucu supaya mengurangkan penggantungan kepada peniaga. Jika kita tanam cili dalam beberapa pasu, mungkin kita tidak lagi perlu membeli cili... begitu juga dengan kunyit, serai, pandan.  Bukanlah susah sangat cuma kita kena berusaha untuk rajinkan sikit diri kita.



Tok Awang Selampit.


0 comments:

share2