Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 4, 2015

TEMERLOH : 'NIVEA' BANTU SEKOLAH TERJEJAS BANJIR

Sukarelawan 'Skuad Biru' NIVEA membersihkan peralatan bengkel


Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini memberi kesan besar kepada banyak negeri-negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Bencana itu juga memberi kesan dan kemusnahan termasuk kepada sekolah-sekolah.

'NIVEA' jenama penjagaan kulit terkemuka telah melancarkan inisiatif yang memberi tumpuan kepada membina semula keperluan pendidikan mangsa banjir dikawasan terlibat.

Di Pahang, dalam fasa pertama pada 23 Januari 2015 di SMK Pulau Tawar, Jerantut, sukarelawan yang mengambil bahagian telah bertungkus-lumus membersihkan bangunan sekolah berkenaan serta kelengkapannya. Pihak 'NIVEA' juga bermurah-hati menyerahkan sebuah van sekolah 'biru' kepada pengetua sekolah bagi tujuan pengangkutan para pelajar ke sekolah.

Dalam fasa 2 kempen yang dilancarkan pada bulan Februari 2015 dan 'NIVEA' telah mengenal pasti 3 buah sekolah lagi. Sekolah pertama ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, Jerantut yang ditenggelami air kerana ia terletak berhampiran Sungai Tembeling. Papan kenyataan dan beg lengkap dengan set alat tulis telah diserahkan kepada pelajar sekolah berkenaan.

Sekolah kedua ialah Sekolah Kebangsaan Telok Sentang, Temerloh, yang juga telah ditenggelami banjir. Bantuan yang 'NIVEA Blue' berikan adalah papan kenyataan dan alatan sukan trek selain dari bersama-sama mengecat bangunan sekolah berkenaan. Sebuah van juga diberikan kepada sekolah ini.

Acara kemuncak kempen akan diadakan pada 10 Mac 2015 (Selasa) jam 11.00 pagi, di Sekolah Kebangsaan Sanggang Seberang di Temerloh. Sekolah ini telah rosak dan tenggelam sebahagiannya akibat banjir baru-baru ini. Ia juga merupakan pusat pemindahan banjir terbesar di daerah Temerloh.

Menurut pihak 'NIVEA' Cik Lynet Harun, Pengurus Beiersdorf Wilayah Malaysia dan Singapura akan turut hadir dalam usaha amal pada hari berkenaan. Sukarelawan akan mengecat dan mengindahkan sekolah tersebut.

Pada majlis sama, sebuah van sekolah berwarna biruakan diserahkan kepada Tuan Haji Mohd Nor bin Hussin, Pengetua Sekolah Kebangsaan Sanggang Seberang.











Sumbangan 'Van Sekolah' biru dari NIVEA






0 comments:

share2