Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 4, 2015

JANGAN BIAR PUSAT KHIDMAT ADUN SUNYI SEPI


Datuk Mukhriz Tun Mahathir


Langkawi - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mahu Pusat Khidmat Rakyat Adun di Kedah melaksanakan kaedah inovatif bagi menarik kehadiran rakyat.

Beliau berkata, kaedah itu termasuk menyediakan ruang yang membolehkan rakyat menyampaikan masalah mereka dan memahami dasar kerajaan dalam suasana selesa.

"Kita tak mahu pusat khidmat sunyi sepi, orang tak mai (tidak datang) dan orang tak tau (tidak tahu) kat mana. YB (Yang Berhormat Wakil Rakyat) pun tak ada di situ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Adun Kuah.

Beliau memuji perkhidmatan yang terdapat di pusat itu.

Selain ruang pejabat, pusat itu juga menyediakan kemudahan teknologi maklumat serta ruang santai 'YB Corner' yang turut menyediakan ruang niaga makanan, katanya.

"Ini merupakan pendekatan yang begitu inovatif sekali yang menepati citarasa pengundi zaman sekarang," ujarnya.

0 comments:

share2