Rantau - Seorang wakil penjual gas dirompak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di pekan Rantau di sini, semalam.
Dalam kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Tan, 50-an, baru sahaja keluar daripada keretanya untuk memasukkan wang di bank berkenaan.
Dia membawa sebuah beg berisi wang tunai berjumlah RM23,500 beserta beberapa kepingan cek.
Menurut mangsa, pada awalnya dia mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan wang tunai dibawa dalam jumlah besar.
Selepas memerhati keadaan sekeliling, tiba-tiba datang seorang lelaki meluru ke arahnya dengan memegang sebilah kapak dipercayai sudah menyasarkan mangsa dari awal.
“Pada awalnya saya ada perasan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mengekori saya, namun tidak sangka apa-apa memandangkan salah seorang daripada lelaki itu telah pergi ke sebuah kedai berdekatan untuk membaiki motosikal.
"Sangkaan saya salah, orang itu sebenarnya cuba mengalihkan perhatian rupanya," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri sebaik saja merompaknya, manakala mangsa membuat laporan di Balai Polis Rantau.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
0 comments:
Post a Comment