Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 29, 2015

ADA YANG CUBA AJAR KETUA POLIS NEGARA


Ada yang cuba ajar ketua polis negara di Twitter


Shah Alam - Melalui interaksi di laman Twitter, seorang pelayar yang menggunakan nama @irwanyahya dilihat cuba mengajar Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan tindakan polis menahan beberapa pimpinan PR.

Seolah-olah mengugut, pemilik akaun itu mahu polis menahan semua pemimpin PR supaya penyokong muda dapat mengajar Khalid.

“Biarkan KPN menahan, kalau boleh semua pemimpin senior PR agar mudah bagi kami mengajar KPN mengikut cara orang muda tanpa sekatan pemimpin senior PR. KPN...bersedialah,” tulisnya awal pagi tadi.

Baru-baru ini, beberapa pimpinan tertinggi PR ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung himpunan #KitaLawan yang berlangsung semalam di ibu kota.

Dalam pada itu, Khalid dalam balasan tweetnya memberitahu pihaknya cuma menjalankan amanah demi kesejahteraan rakyat.

“Adik @irwanyahya, polis cuma jalankan amanah kami demi ketenteraman dan kesejahteraan Rakyat. Mengugut saya tidak manis,” jawabnya.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad ditahan polis kira-kira jam 3.20 pagi tadi di rumahnya, difahamkan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan.

0 comments:

share2