Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 24, 2015

WAKIL RAKYAT LEBIH BAIK JIKA BN DIPILIH


Wakil rakyat lebih baik jika BN dipilih


Bentong - Pengundi di parlimen Permatang Pauh bakal mempunyai wakil rakyat lebih bertanggungjawab jika calon Barisan Nasional (BN) diberi peluang mewakili mereka menerusi pilihan raya kecil (PRK) dipercayai diadakan tidak lama lagi. 

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, walaupun Permatang Pauh dilihat sebagai kubu kuat PKR, namun penduduk di situ memerlukan wakil rakyat yang dapat memberi khidmat sepenuhnya dan BN bersedia berbuat demikian, sekali gus memberi pilihan untuk pengundi melakukan pembaharuan.

Menteri Pengangkutan itu berkata, demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Orang Ramai Sungai Penjuring di sini semalam. 

Beliau menarik perhatian bahawa walaupun pakatan pembangkang menerajui Pulau Pinang, namun hakikatnya parti itu mengalami masalah perpecahan dalaman.

"Dalaman mereka memang berkecai, gagal mencapai kata putus serta persefahaman dalam beberapa isu seperti pelaksanaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)," jelasnya. 

Liow berkata keadaan itu jauh berbeza dengan BN yang menunjukkan kesepakatan dalam sesuatu perkara demi kepentingan rakyat pelbagai kaum dan agama. 

Penyandang kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Ini menimbulkan kemungkinan PRK itu diadakan jika kelayakan Anwar sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 2008, disahkan terlucut susulan hukuman mahkamah itu. 

Dalam perkembangan terbaru, laporan menyatakan Anwar secara automatik akan hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai esok memandangkan parti itu tetap dengan keputusannya tidak memohon pengampunan diraja bagi pembebasannya. 

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli memberitahu media hari ini bahawa PKR tidak akan memohon pengampunan diraja bagi pembebasan Anwar dan menambah tiada arahan daripada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian.

0 comments:

share2