Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 23, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : SELAGI MASIH ADA DAN SEBELUM TERLEWAT



Baru-baru ini sekali lagi kita gempar dengan penemuan fosil tumbuhan di Gua Kota Gelanggi. Ketika gua berkenaan sudah sebahagian besarnya musnah akibat projek batu kuari. Gua Kota Gelanggi adalah kompleks gua bersejarah, bukan sahaja kerana penemuan fosil tumbuhan berkenaan bahkan ianya sudah tercatat terlebih dahulu dalam catatan sejarah Negeri Pahang dan juga banyak dikisahkan dalam ceritera-ceritera hikayat.

Untunglah bila sudah ada kesedaran dari pihak kerajaan negeri untuk menyelamatkan dari terus musnah oleh kerakusan manusia. Cuma kita minta kerajaan negeri selamatkan juga Gua Gunung Senyum yang mengalami nasib yang serupa.

Sebenarnya Pahang kaya dengan bahan-bahan sejarah yang boleh dimajukan sebagai tarikan pelancongan agar tarikan pelancongan kita ada kepelbagaian dan tidak hanya menumpu kepada destinasi yang berasaskan hutan semata-mata.

Kebelakangan ini memang disedari bahawa tarikan pelancongan ke Pahang sudah sedikit berkurangan. Mungkin hanya Taman Negara, Cameron Highland dan Pulau Tioman sahaja yang masih kekal jadi tumpuan. Namun yang lain-lainnya sudah dilihat malap.

Tasik Chini dan Tasik Bera sudah bagaikan dilupakan, sedangkan ianya sangat popular suatu ketika dahulu dengan legenda naga dan status 'tapak RAMSA pertama Malaysia'.

Kita bagai tidak mengendahkan 'harta' yang benilai yang kita ada, yang sebenarnya orang lain tidak memilikinya. Kita hanya sedar bahawa ianya bernilai apabila ada orang lain yang menyedarkan kita.. dan apabila sebahagiannya sudah musnah.

Tok Awang tak boleh cakap banyak-banyak, bimbang nanti ada yang tidak suka. Walau bagaimanapun, pandangan Exco Pelancongan Pahang untuk memajukan Gua Kota Gelanggi adalah satu usaha yang baik, setidak-tidaknya ianya akan memberikan kesedaran betapa khazanah alam perlu dijaga.

Tok Awang dengan banyak rungutan pemandu pelancong dan pengusaha syarikat pelancongan di Pahang yang mengeluh akibat kemerosotan dalam industri pelancongan. Ianya ada juga kaitan dengan alam sekitar yang kurang dipelihara dan dipuliharakan.

Tok Awang suka memancing ikan puyu dipaya.


Tok Awang Selamat.

0 comments:

share2