Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 23, 2015

PERLU LEBIH USAHA CAPAI 120 RIBU AHLI BAHARU


Khairy Jamaluddin


KOTA KINABALU - Anggota Pergerakan Pemuda Umno di semua peringkat perlu melipatgandakan usaha sekiranya mahu memperkuatkan sayap itu dengan mensasarkan 120,000 keahlian baru sepanjang 2015, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata anggota pergerakan Pemuda Umno di peringkat pusat, negeri dan cawangan perlu melaksanakan usaha merekrut keanggotaan baharu berkenaan secara berterusan sehingga menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Satu gerakan berupa kempen akan dilaksanakan pada tahun ini untuk menambah jumlah keahlian pemuda Umno di setiap negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno Malaysia sempena Pemukiman Pemuda selama tiga hari di sini, semalam.

Menurut Khairy pergerakan Pemuda Umno perlu bijak menarik minat golongan muda untuk berkongsi aspirasi perjuangan dengan pergerakan itu bagi memastikan hala tuju belia di Malaysia seiring dengan hala tuju Umno.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata Pemuda Umno akan mengadakan Karnival Sukan Pemuda Umno pada Mac depan melibatkan semua 191 bahagian pemuda bagi memupuk semangat cintakan sukan dan gaya hidup sihat di kalangan anggota pergerakan itu.

0 comments:

share2