Ramai yang mengeluh dalam kehidupan sekarang yang serba mahal. Sama ada kerana kegawatan ekonomi, inflasi atau kenaikan harga barangan. Namun mengeluh sahaja tidak akan dapat mengubah keadaan.
Langkah terbaik untuk membantu stabilkan ekonomi kita selain dari berjimat cermat adalah dengan mengeluarkan sendiri bahan makanan dan jangan terlalu bergantung dengan membeli semata-mata.
Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka tidak memiliki tanah untuk bercucuk tanam, namun dalam masa sama, mereka yang bertanahpun masih gagal bercucuk tanam.
Kita masih boleh mananam cili serta kunyit didalam pasu untuk kegunaan sendiri. Dikawasan perumahan di pekan-pekan selalu Tok Awang nampak ada yang rajin menanam sayur-sayuran dihadapan rumah masing-masing. Mungkin bukan untuk jualan namun memadailah untuk kegunaan sendiri. Selain dari tidak perlu berbelanja, ianya pasti tidak mengandungi racun mahkluk perosak yang berbahaya.
Tapi yang selalunya bertanam sayur-sayuran dihalaman rumah adalah dari kaum cina. Kenapakah orang Melayu tidak suka bertanam seperti mereka? Jika pun ada yang bertanam dihalaman, hanyalah bunga-bunga untuk hiasan.
Sampai bila kita akan jadi golongan yang bergantung kepada sumber dari orang lain, jika bahan seperti cili dan kunyit pun masih tidak dapat kita usahakan sendiri?
Jangan salahkan orang lain jika kita sendiri kurang berusaha untuk kurangkan penggantungan kepada pembekal.
Tok Awang Selamat.
0 comments:
Post a Comment