Hari ini hari penentuan. Hari menentukan keputusan kes liwat dan kes berprofile tinggi. Kes yang membabitkan individu yang bernama Anwar Ibrahim. Kes paling lama dalam sejarah penghakiman negara. Sepanjang penghakimannya kes ini telah ditangguhkan sebanyak 70 kali. Mungkin satu sejarah.
Kes ini mula dibawa ke mahkamah pada 3 Februari 2010 oleh Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat oleh majikannya sendiri iaitu Anwar Ibrahim di Kondominium Damansara. Anwar Ibrahim sebelum ini juga pernah disabitkan dengan perbuatan serupa melibatkan pemandu dan adik angkatnya.
Pada 7 Mac 2014 Anwar didapati salah dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara namun meminta menangguhkan hukuman dan membuat rayuan dengan 35 alasan.
Dulu, apabila hari mahkamah hendak menjatuhkan hukuman penyokong Anwar dari Pakatan pembangkang memenuhi Istana Kehakiman dan bersiap sedia untuk membuat kekacuan jika keputusan tidak memihak kepada Anwar.
Bagi Anwar dan penyokong serta pencacai Anwar, keputusan mesti memihak kepada mereka, jika tidak, itu tidak adil. Tapi bagaimana pula dengan keadilan untuk orang lain? Bagaimana pula keadilan untuk Saiful?
Anwar yang semasa didalam UMNO dan kerajaan dulu mencerca dan mengutuk UMNO dan kerajaan sehingga dia lupa dalam banyak keadaan dia jugalah yang membuat keputusan dan terlibat dengan keputusan yang kini dianggap tidak betul. Hakikatnya adalah Anwar meludah mukanya sendiri.
Anwar menuduh UMNO parti rasuah sedangkan beliaulah yang memulakan rasuah didalam UMNO ketika merebut jawatan Timbalan Presiden dari Ghaffar Baba. Banyak lagi yang anak-anak muda ketika ini yang menyokong Anwar tidak diberi tahu tentang peribadi Anwar sebenarnya.
Pada Tok Awang, biarlah mahkamah bebas menentukan keputusannya. Jika ketika mahkamah melepaskan Anwar mahkamah dianggap betul, kenapa pula apabila mahkamah menetapkan Anwar bersalah maka mahkamah dianggap tidak betul pula?
Biarlah Anwar seorang yang gila kuasa dan hilang akal, jangan sampai seluruh rakyat kita juga jadi sama sepertinya.
Tok Awang Selampit.


0 comments:
Post a Comment