Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 26, 2015

SAYA HANYA BAGI KENYATAAN KEPADA JAWATANKUASA KHAS SIASATAN - MAT SABU




Butterworth: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau hanya akan memberi kenyataan berhubung dakwaan wujud komplot menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Jawatankuasa Khas Siasatan parti itu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau hanya akan memberi kenyataan sekiranya dipanggil oleh jawatankuasa itu berhubung dakwaan wujud komplot menjatuhkan Abdul Hadi menerusi satu rakaman suara seperti mana yang tersebar dalam media sosial dan arus perdana, baru- baru ini.

"Saya hanya akan bagi kenyataan saya kepada jawatankuasa khas siasatan yang dipengerusikan Presiden PAS kerana ia membabitkan masalah dalaman parti, " katanya ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah selepas kes perbicaraan komunis Bukit Kepung berhenti rehat di sini, sebentar tadi.


Ditanya sama ada rakaman audio itu sahih, Mat Sabu berkata : "Saya tidak tahu dan saya tidak dengar lagi kerana saya berada di luar negara (ketika isu rakaman timbul), " katanya.

Mengulas mengenai kedudukannya dalam parti, Mat Sabu berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada muktamar PAS dan kebijaksanaan perwakilan parti untuk membuat keputusan.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dipetik berkata, parti itu sudah memulakan siasatan terhadap dua pemimpin kanan yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Abdul Hadi.

Mustapa berkata, Mat Sabu dan Pengarah Pilihan raya parti, Dr Mohd Hatta Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Sementara itu mengulas perkara sama, Mat Sabu berkata, beliau belum dipanggil oleh Jawatankuasa Khas Siasatan PAS berhubung perkara itu.

0 comments:

share2