Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 1, 2015

RAUB: GALAK KOPERASI JANA LEBIH PENDAPATAN


Mohamad Zawawi (tiga, kiri) bersama Tengku Abdul Rahman (dua, kiri) menyampaikan replika cek RM1,000 kepada penerima Anugerah Khas Koperasi Sekolah kelmarin.


Raub - Suruhanjaya Koperasi Negeri Pahang giat menggalakkan lebih banyak koperasi di negeri ini merangkul anugerah kecemerlangan sekali gus menerima sijil, plak penghargaan dan wang penghargaan bernilai RM1,000.

Pengarahnya, Mohamad Zawawi Mahmud berkata, anugerah terbabit secara tidak langsung dapat menggalakkan koperasi bergiat secara aktif tidak hanya menjana pendapatan, malah turut terlibat dalam kerja tanggungjawab sosial.

Menurutnya, pelbagai kriteria perlu dipatuhi sesebuah koperasi untuk dinobatkan sebagai koperasi cemerlang.

“Anugerah khas ini dinilai berdasarkan pengurusan tadbir urus koperasi yang baik, kepatuhan kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan dan Undang-Undang Kecil Koperasi, kewangan koperasi terutama dari segi keuntungan, jualan perniagaan koperasi dan pembahagian keuntungan seperti pembayaran dividen kepada anggota, honorarium dan mewujudkan tabung-tabung kebajikan, pendidikan kepada anggota.

“Selain itu, sesebuah koperasi juga haruslah mempunyai hubungan yang baik antara pemimpin masyarakat setempat dan juga dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah menyampaikan Anugerah Khas kepada tiga koperasi sekolah daerah ini bersempena Majli Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Miskin dan Anugerah Pelajar Cemerlang UPRS daerah ini di Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabbar, Dong, di sini, kelmarin.

Tiga koperasi sekolah yang dimaksudkan terbabit ialah Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaaan Dong Raub Berhad, Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin Raub Berhad dan Koperasi Sekolah Menengah Tersang Raub Berhad.

Tambahnya lagi, selain perlu mematuhi akta yang telah ditetapkan terbabit sesebuah koperasi yang cemerlang haruslah mempunyai keuntungan sebanyak RM180,000 setahun.

“Dengan keuntungan yang ditetapkan terbabit itu diharap dapat menjadi pendorong semangat buat koperasi negeri ini untuk menjana lebih pendapatan sekali gus cemerlang sebagaimana koperasi-koperasi lain,” katanya.

0 comments:

share2