Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 1, 2015

PENUMPANG PUDU SENTRAL KENA TIPU


Keadaan penumpang yang menjadi mangsa ulat tiket di Pudu Sentral


Kuala Lumpur - Bukan hanya terpaksa membayar tiket mahal namun apabila tiba masanya waktu berlepas, bas yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Situasi tersebut berlaku di Pudu Sentral apabila ratusan penumpang yang membeli tiket bas ke utara terkandas sehingga jam 4 pagi semalam, angkara ulat tiket.

Difahamkan penumpang terlibat disenaraikan dalam bas tambahan hingga ada antaranya terpaksa menggunakan wang lebih untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Kegagalan menyediakan bas mengikut masa ditetapkan menimbulkan kemarahan dan akhirnya suasana reda apabila pihak pengurusan mengambil keputusan memulangkan semula duit penumpang.

Dalam masa sama, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) telah mengadakan Ops Serkap bermula jam 5 petang hingga lima pagi dan sebanyak 13 kesalahan telah dikesan.

Sumber berkata, tiga dari kesalahan disebabkan bas tambahan menggunakan bas yang beroperasi tidak mengikut kelas lesen.

“Bas persiaran, bas sekolah dan 'catar' telah digunakan untuk bas tambahan.

“Bakinya pula menaikkan harga tiket dua kali ganda contohnya ke Butterworth kepada RM55 berbanding harga asal RM35,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, situasi tersebut kerap berlaku ketika hujung minggu dan cuti panjang di mana warga kota mahu pulang ke kampung.

0 comments:

share2