Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 27, 2015

MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA HANYA WAYANG POLITIK

ismailampun



KUALA LUMPUR: Keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan petisyen pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agung hanya kerana ingin mengekalkan kerusi di Parlimen Permatang Pauh.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan pengampunan itu hanyalah wayang daripada Anwar dan bukannya kerana sudah insaf dengan kesalahan kes liwatnya,

“Saya nampak dia (Anwar) minta maaf sebelum 15 hari daripada tempoh hukuman penjara yang sedang dijalani. Anwar bersunguh-sungguh mengemukakan permohonan maaf sebelum kerusinya dikosongkan.

“Jika sudah masuk hari ke 15 sudah tentu kerusinya akan dikosongkan. Jadi dari segi politik Anwar bukan mahu meminta ampun tetapi hanya mahu mengekalkan kerusinya itu dari dikosongkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-42 Lembaga Pertubuhan Peladang di Dewan Tan Sri Abu Zahar Menara Lembaga Pertubuhan Peladang.

Ismail Sabri juga berkata, Anwar tidak layak hadir ke Parlimen kerana status Anwar masih seorang yang bersalah dan sedang menjalani hukuman.

Menurutnya, Ketua Pembangkang itu berhak mengemukakan permohonan pengampunan tetapi statusnya sebagai seorang pesalah tidak boleh diubah.

“Saya berpendapat status dia masih lagi orang dijatuhkan hukuman dan hukuman ke atas Anwar tidak boleh ditangguhkan sebelum keputusan pengampunan dibuat oleh YDPA.

“Kita serah kepada Speaker Dewan Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada Anwar boleh hadir atau tidak ke Parlimen,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata beliau, permohonan petisyen pengampunan oleh keluarga Anwar hanyalah semata-mata ingin mendapatkan simpati daripada rakyat.

“Pada saya isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail membawa anak dan cucunya untuk memohon petisyen pengampunan daripada YDPA hanya untuk menarik simpati. Sepatutnya peguam Anwar yang akan menghantar petisyen itu,” ujarnya.

Anggota keluarga Anwar sebelum ini muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang Selesa lalu bagi mengemukakan petisyen permohonan pengampunan DiRaja.

Anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara tersebut.




0 comments:

share2