Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 7, 2015

MCA, GERAKAN TIDAK PATUT TERPENGARUH DENGAN DAP


Antara kata-kata sokongan diberikan kepada Ismail Sabri di media sosial.


Kuala Terengganu - MCA dan Gerakan tidak sepatutnya terpengaruh dengan DAP berhubung kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu harga barangan dan saranan boikot peniaga baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, kenyataan menteri itu perlu dilihat secara terbuka kerana isu berkenaan peningkatan harga barangan berikutan kenaikan harga minyak petrol sebelum ini pernah dimainkan oleh pihak pembangkang.

Menurutnya, apa yang disuarakan Ismail Sabri itu bukanlah bersifat perkauman sebaliknya realiti yang dilihat dalam perkembangan semasa ketika ini.

“Memang kita melihat pada hari ini sekiranya harga minyak naik, maka barangan akan naik melambung tetapi bila harga minyak turun harga barangan tetap mahal juga,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan akhbar Sinar Harian sebelum ini, MCA Terengganu turut mencadangkan Ismail Sabri memohon maaf bagi melembutkan hati pihak tertentu yang telah tersinggung dengan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Toh Chin Yaw berkata, walaupun mungkin kenyataan Ismail Sabri disalahertikan, Chin Yaw berkata tindakan itu lebih baik daripada membiarkan perkara tersebut menjadi besar dan dimanipulasi.

Abu Bakar berkata, MCA dan Gerakan tidak sepatutnya bersama parti DAP mencabar Ismail Sabri sebaliknya melihatkan situasi tersebut secara wajar.

“Inilah yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) marahkan kerana kebanyakan peniaga Cina yang menjadi pembekal dan mengawal harga barangan terbesar di negara ini enggan turunkan harga barangan dan membuat dengan pelbagai alasan.

“Sepatutnya MCA atau Gerakan tidak terperangkap dalam taktik kotor DAP dan PR,” katanya.

0 comments:

share2