Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 7, 2015

PAS TOLAK BENTANG HUDUD DALAM MESYUARAT PR


Ahmad Yakob


Kota Bharu - Kerajaan Kelantan tidak akan membentangkan rang undang-undang persendirian yang membawa ke arah pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR esok, walaupun didesak oleh PKR dan DAP supaya berbuat demikian.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, rang undang-undang itu diklasifikasikan sebagai ‘embargo’ dan hanya boleh dibentangkan di Dun atau Parlimen.

“Walau bagaimanapun, kita telah bincang melalui jawatankuasa teknikal, kita panggil pengamal undang-undang, pensyarah, NGO (badan bukan kerajaan) termasuk dalam parti dan pakatan.

“Jadi Ahad (esok) kita tidak boleh bentang rang undang-undang itu lagi. Selepas pada itu (pembentangan di parlimen) Insya-ALLAH,” katanya selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini.

Semalam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang tersebut dalam mesyuarat pakatan yang dijangka dihadiri pimpinan tertinggi Pas, PKR dan DAP.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, tiada isu besar yang berbangkit memandangkan pembentangan rang undang-undang itu tidak melibatkan isu pokok sebaliknya sedikit pindaan enakmen terbabit.

Menjawab dakwaan mengatakan PKR dan DAP tidak pernah melihat enakmen itu, Ahmad berkata, pihaknya beberapa kali mengadakan pembentangan kepada Pas Pusat.

Dalam pada itu, Ahmad menafikan dakwaan Anwar mengatakan kerajaan negeri tidak mengutamakan isu banjir sebaliknya memberi tumpuan dalam perlaksanaan hudud.

“Kerajaan fokus isu kebajikan dan melaksanakan hukum ALLAH, kita buat bersama, tidak bangkit isu itu,” katanya.

0 comments:

share2