Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 27, 2015

KUANTAN: WANITA WARGA INDONESIA DIHUKUM MATI




Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap wanita Indonesia, Ajeng Yulia kerana bersalah edar 3,004 gram (g) methamphetamine di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah pada 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Ajeng, 21, yang juga juruwang dari Jakarta, didakwa mengedar dadah berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini, kira-kira jam 11 malam pada 10 November 2013.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

0 comments:

share2