Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 31, 2015

REMAJA BERSENJATA SERBU SYARIKAT TELEVISYEN


Suspek kelihatan memegang pistol dalam video yang berjaya dirakam. - Foto Dailymail UK


Hilversum - Seorang remaja berumur 19 tahun ditahan selepas menyerbu sebuah syarikat televisyen swasta dengan senjata palsu.

Syarikat tersebut, NOS terpaksa menghentikan siaran selama sejam, menyebabkan rakyat negara tersebut tertanya-tanya.

Rakaman serbuan remaja berkenaan dan serbuan polis keatas remaja tersebut disiarkan ke saluran nasional.

Menurut laporan Assiociate Press, remaja berkenaan mendakwa beliau seorang 'hacker' dan terdapat beberapa bom yang akan diletupkan di beberapa lokasi jika permintaan beliau tidak dipenuhi.

Polis masih menyoal siasat remaja berkenaan dan mengenal pasti motif serangan.

0 comments:

share2