Celcom memasang bts sementara berhampiran masjid tidak jauh
dari Sekolah Menengah Sains Pekan
Akibat bencana banjir banyak kawasan yang terlibat terputus hubungan telekomunikasi yang bukan sahaja membimbangkang mangsa serta kaum keluarganya bahkan menyulitkan perhubungan pihak berkuasa dan penyelamat. Justeru, syarikat telekomunkasi Celcom dan Digi serta SKMM berusaha memulihkannya dibeberapa kawasan utama.
Kawasan yang jadi keutamaan sekarang ini adalah di daerah Temerloh dan Pekan kerana kawasan berkenaan masih dilanda bencana banjir yang memerlukan sistem telekomunikasi berfungsi dengan baik.
Demikian dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Yb Dato' Hajjah Shahaniza Shamsuddin kepada PahangKu semalam.
Digi sedang memasang bts sementara di Sekolah
Menengah Sains Pekan
Gen set dan diesel terpaksa dibawa dengan bot meredah banjir
Gen set yang terpaksa disngkat ke tingkat 11 sebuah bangunan
kerana tiadanya khidmat lift
0 comments:
Post a Comment