Jempol - Seorang lelaki dipercayai warganegara Indonesia lemas di Sungai Muar, Rompin di sini lewat petang semalam.
Penguasa bomba, Zulkefli Che Noh berkata, mangsa berumur lingkungan 40-an dimana pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.53 malam.
" Maklumat lanjut mengenai mangsa masih belum diketahui. Seramai 13 anggota dari balai Bahau, Jempol dan Gemas dengan satu jentera, dan dua bot bomba telah ke lokasi.
" Anggota kita masih berusaha mencari mangsa . Gerakan mencari akan diteruskan sehingga jam 11 malam.
" Sekiranya mangsa tidak dijumpai sehingga jam 11 malam operasi akan disambung semula pada keesokkan hari," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
0 comments:
Post a Comment