Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 5, 2015

CUACA BERAIS PUNCA NAHAS


QZ8501


Jakarta - Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mendapati cuaca buruk menjadi punca utama pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang terhempas di Laut Jawa pada minggu lalu.

Pengarah Penyelidikan agensi itu, Edvin Aldrian memaklumkan data mereka menunjukkan pesawat tersebut berdepan cuaca buruk ketika berada di lokasi terakhir sebelum ia dilaporkan hilang.

"Fenomena cuaca berais boleh menyebabkan kerosakan pada enjin pesawat. Teori berdasarkan analisis data kaji cuaca sedia ada ini adalah salah satu daripada kemungkinan yang berlaku ketika insiden itu," jelasnya. 

Sebelum ini, beberapa laporan menyebut pesawat itu cuba untuk menukar haluan kerana mahu mengelakkan awan tebal.

Pesawat itu dipercayai berada pada ketinggian 9,753 meter (m) sebelum juruterbang meminta keizinan untuk naik kepada paras 11,582 m bagi mengelakkan cuaca buruk. 

0 comments:

share2