Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 4, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL ANTARA FAKTOR BENCANA BANJIR KELANTAN


Infografik yang tersebar luas dilaman media sosial


'Tok' membaca banyak sewaktu banjir melanda negara kita ini untuk mendapatkan info. Banyak juga berita-berita yang tidak benar disebarkan terutamanya oleh media sosial. Selain dari berita tidak benar, terdapat juga berita-berita yang dipesongkan untuk tujuan tertentu.

Bencana banjir besar luarbiasa di Kelantan menimbulkan berbagai persepsi dari pihak media bahkan kalangan pengamal media sosial sendiri.

Berbagai pendapat diberikan dengan alasan dan tujuan tertentu, ada yang logik dan boleh diterima namun ada yang langsung tidak masuk akal.

Ada antara pihak yang menyokong atau cenderung kepada kerajaan Kelantan memberikan alasan bahawa banjir besar ini disebabkan limpahan air dari Empangan Sg. Tembat di Hulu Terengganu yang masih dalam pembinaan.

Bahkan mereka memberikan alasan bahawa balak-balak yang dihanyutkan arus di Kelantan itu adalah dari kawasan hutan di sekitar kawasan pembinaan Empangan Sg Tembat, Tasik Kenyir.

Mungkin ada yang percaya, namun bilangannya sangatlah sedikit dan itupun dari kalangan yang tidak tahu tofograpi dan pemetaan.

'Tok' tertanya-tanya bagaimanakah balak-balak itu boleh hanyut ke Kelantan? Mampukah balak-balak itu mendaki bukit-bukan untuk dapat turun ke Sungai Kelantan?

'Tok' perhatikan juga peta Malaysia serta membuat carian di google map, namun tidak terdapat anak-anak sungai yang boleh menghubungkan antara Sungai Tembat dengan mana-mana anak Sungai Kelantan.

Akhirnya. 'Tok' tidak percaya bahawa kenyataan berkenaan dibuat oleh pihak yang logik akalnya dalam menyatakan kebenaran.

Baca juga kenyataan dari Berita Harian online Di Sini serta pendapat facebooker lain Di Sini. Bukan 'Tok' katakan pendapat mereka benar, tapi eloklah mendengar pendapat dari sumber lain dan berbagai-bagai sumber untuk meluaskan pemikiran kita.

Justeru, 'Tok' berpendapat bahawa bencana banjir di Kelantan ini juga disebabkan oleh pembalakan yang tidak terkawal. Itu bukanlah satu-satunya penyebab, namun adalah salah satu faktor yang menyebabkan ianya terjadi diluar jangkaan kita.

Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah!


Tok Awang Selampit.






0 comments:

share2