Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 13, 2014

RUMAH PAPAN SEDIA KHIDMAT SEKS


Tempat pelanggan dua pelacur berkenaan menunggu giliran.


Meru - Keinginan memuncak 13 lelaki warga asing untuk melampiaskan nafsu bersama dua pelacur warga Vietnam berkecai apabila mereka dicekup sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menerusi Ops Noda, petang kelmarin.

Ketika dicekup, kesemua lelaki berkenaan sedang berbaris menunggu giliran masing-masing untuk dilayan pelacur berusia lingkungan 40-an di luar rumah papan di Jalan Meru, Batu 5 ½, Kawasan Perindustrian Meru, di sini.

Ketika serbuan dalam rumah berkenaan, dua wanita berkenaan sedang leka melayan dua lelaki dan kesemua mereka dalam keadaan berbogel.

Kehadiran polis yang menyamar sebagai pelanggan tidak disedari sehinggalah dua lelaki berkenaan dicekup dan tindakan mereka yang ingin melarikan diri gagal. Malah, beberapa lelaki warga asing yang masih beratur menunggu giliran bertempiaran melarikan diri.

Berdasarkan penemuan sejumlah kondom terpakai di dalam bakul sampah dalam rumah itu, dua wanita berkenaan disyaki sudah melayan belasan pelanggan sebelum berhasrat melayan 13 lagi lelaki yang sedang menunggu giliran.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5.20 petang itu, polis berjaya menahan 13 lelaki warga asing serta dua wanita warga Vietnam kerana menjalankan aktiviti pelacuran.

“Dua daripada lelaki yang dicekup adalah warga Pakistan, lapan warga Nepal, seorang warga Bangladesh dan dua lagi warga India. Setelah pemeriksaan awal dibuat, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah termasuk dua pelacur berkenaan," katanya sambil memberitahu beberapa peralatan seperti tuala, tisu, bakul sampah, kondom yang disyaki digunakan dalam aktiviti tidak bermoral tersebut turut dirampas termasuk wang tunai RM362.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan/ 6(1)(C) Akta Imigresen.

Sinar Harian dimaklumkan, serbuan dibuat berhubung aduan awam yang memaklumkan aktiviti pelacuran oleh warga asing semakin berleluasa di kawasan itu.

Pertambahan warga asing bekerja di kilang berdekatan menyebabkan aktiviti haram itu semakin menjadi-jadi.

0 comments:

share2