Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 16, 2014

KUANTAN : (VIDEO AMATOR) KHIDMAT LOGISTIK SUKARELAWAN BANTUAN BANJIR






Kuantan, Kami menerima beberapa foto dan video klip amator yang dikirimkan kepada kami mengenai barangan sumbang bantuan banjir yang tiba di sekitar Kuantan.

Pihak pengirim mohon kami maklumkan bahawa mereka berkerja secara sukarela memunggah barangan berkenaan dari trailer ke setor sementara sebelum barangan berkenaan diagih-agihkan kepada pihak yang sepatutnya menerimanya.

Beberapa jenis barangan dari peti ais, tv, tilam, bantal dan lain-lain dalam jumlah yang banyak diterima setiap hari dan mereka melakukan tugas-tugas tanpa sebarang rungutan, justeru adalah diharapkan agar tiada pihak yang memperkecilkan usaha mereka ini dengan membuat sebarang kenyatan yang tidak wajar dilaman-laman media sosial.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat yang berpenat lelah dalam membantu kerajaan mempermudahkan penyaluran bantuan berkenaan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.




0 comments:

share2