Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 10, 2014

KUANTAN : PENUTUP LONGKANG HILANG


Ah Peng menunjukkan penutup longkang yang hilang hingga boleh membahayakan keselamatan orang ramai.


Peniaga dan pemandu yang melalui di Kawasan Perindustrian Padang Lalang dekat sini mungkin berdepan kemalangan apabila besi penutup longkang di kawasan itu sentiasa hilang sejak enam bulan lalu.

Kejadian itu juga tidak pernah berkesudahan dalam tempoh berkenaan malah beberapa kemalangan berlaku membabitkan motosikal.

Peniaga terbabit juga mendakwa, kecurian mungkin dilakukan penagih dadah atau mereka yang terdesak memerlukan kewangan.

Lebih teruk lagi, kejadian itu mungkin berlaku pada waktu malam bagi mengelakkan dikesan orang ramai atau pihak berkuasa.

Seorang pemilik bengkel, Ah Peng, 53, berkata, beberapa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh ke dalam longkang yang tidak bertutup itu.

Menurutnya, dia menyedari beberapa besi penutup longkang berdekatan premisnya itu hilang satu demi satu dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini.

“Ada pemandu terutama penunggang motosikal yang terjatuh ke dalam longkang itu kerana tidak perasan dengan ketiadaan penutupnya.

Katanya, longkang tanpa penutup itu boleh diibaratkan seperti jerat yang hanya menanti mangsa dan kecuriannya boleh dianggap serius kerana mungkin berlaku di tempat lain.

Ah Peng berharap, pihak berkuasa mempunyai kaedah lain dengan pemasangan penutup longkang dengan tindakan segera supaya tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Mungkin ada cara terbaik bagi pemasangan penutup longkang supaya sukar dikeluarkan,” katanya.




0 comments:

share2