Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 10, 2014

TAKLIMAT UiTM PAHANG KEPADA MB DAN EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG


Menteri Besar menerima cenderamata dari Prof. Dr. Haji Jamaluddin Kassim


Kuantan, 10 Disember 2014 - Bertempat di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur pagi tadi, pihak cawangan UiTM Pahang yang diketuai oleh Professor Dr. Haji Jamaluddin Kassim telah memberikan taklimat kepada Menteri Besar Pahang berserta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri mengenai perncapaian dan perancangan masa hadapan institusi pengajian tinggi berkenaan.

Untuk rekod, enrolmen pelajar pada September 2014 adalah seramai 7,531 orang dengan peringkat pengajian Ijazah seramai 1,016 orang, peringkat Diploma seramai 5,560 orang manakala Pra Diploma (Mengubah Destini Anak Bangsa) berjumlah seramai 955 orang.

Penambahan pelajar berteraskan Sains dan Teknologi mengikut kampus adalah seperti berikut; Kampus Raub seramai 3,000 orang dan kampus Jengka seramai 12,000 orang.

Antara program pengajian yang ditawarkan di UiTM Pahang adalah;

Ijazah Sarjana Muda
  1. Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
  2. Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) AC220
  3. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi AS201
  4. SDarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia AS202
  5. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik AS203
  6. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Perabut AS227
  7. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bio Komposit AS232
  8. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan Perladangan AT220
  9. Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) BM232
  10. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengkomputeran CS227
  11. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan  Awam EC220
  12. Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) SR227


Program Diploma
  1. Diploma Perakaunan AC110
  2. Diploma Industri Perkayuan AS117
  3. Dioploma Sains AS120
  4. Diploma Pengurusan Ladang AT110
  5. Diploma Pengajian Perniagaan BM111
  6. Diploma Pengurusan Bank BM112
  7. Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat BM118
  8. Diploma Sains Komputer CS110
  9. Diploma Kejuruteraan Awam EC110
  10. Diploma Pengajian Sukan SR113

Selain itu, program Asasi  1. Asasi TESL dan 2 Asasi Undang-Undang di tawarkan di kampus Kuantan manakala Pra-Diploma 1. Pra-Perdagangan dan 2. Pra-Sains Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB ditawarkan di kampus Jengka.



Wargakerja UiTM Pahang bersama Menteri Besar serta 
barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


0 comments:

share2