Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 10, 2014

HAMPIR 100 PERATUS MAJIKAN LAKSANA GAJI MINIMUM



PETALING JAYA, 9 Dis - Penilaian yang dilakukan Kementerian Sumber Manusia mendapati pematuhan pelaksanaan gaji minimum oleh majikan di seluruh negara mencecah hampir 100 peratus setakat Oktober tahun ini.

Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata pemeriksaan ke atas 32,000 majikan menunjukkan 98 peratus daripada syarikat mematuhi peraturan itu.

"Hanya kira-kira 500 majikan yang masih gagal berbuat demikian. Mereka yang gagal mematuhinya, kaunseling akan diberikan untuk menasihat mereka dan jika mereka masih tidak mematuhinya, tindakan akan dikenakan ke atas mereka," beliau memberitahu wartawan selepas merasmikan Seminar Pencegahan Kemalangan Semasa Berulang Alik Ke Tempat Kerja 2014 di sini Selasa.

Beliau berkata pemeriksaan pelaksanaan gaji minimum melibatkan semua sektor kecuali orang gaji dan perantis.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata sejumlah RM400 juta dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun lepas dan RM300 juta lagi sehingga September tahun ini sebagai pampasan melibatkan kemalangan semasa berulang alik ke tempat kerja.

Beliau berkata dalam tahun 2013, 27,671 (43.5 peratus) daripada jumlah 65,578 kemalangan dilaporkan kepada Perkeso merupakan kemalangan berulang alik ke tempat kerja manakala 20,977 (44 peratus) daripada 47,373 kemalangan yang sama dilaporkan dari Januari hingga September tahun ini.

Pada seminar itu, Riot juga melancarkan satu buku panduan berjudul "Good Practice in Implementing Commuting Safety Management" mengandungi satu kajian lengkap mengenai apa yang perlu dilakukan dan tidak patut dilakukan oleh majikan dan pekerja bagi memastikan keselamatan mereka.




0 comments:

share2