Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 18, 2014

KUANTAN: JANGAN SEBAR INFO TAK SAHIH


Abdul Aziz menyampaikan sijil pelantikan kepada salah seorang daripada 160 anggota Pasukan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) yang baru dilantik.


Kuantan - Polis memandang serius penyebaran maklumat berkaitan kejadian jenayah di laman sosial termasuk facebook dan whatsApp kerana perbuatan itu boleh memberikan impak negatif kepada siasatan polis.

Penyebaran berita-berita jenayah yang tidak sahih bukan sahaja mengganggu siasatan polis malah implikasinya boleh menimbulkan ketakutan serta mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pemilik akaun laman sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap bahanbahan yang dimuat naik dan jangan sesekali mensensasikan sebarang kejadian yang belum pasti kesahihannya.

“Justeru polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan dan mempercayai sebarang maklumat yang tersebar sehingga ianya disahkan pihak berwajib,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Abdul Aziz berkata, pihaknya ada menerima laporan ber- hubung penyalahgunaan laman sosial ini di daerah ini bagaimana pun masalah ini tidak begitu serius dan terkawal.

“Kebanyakan laporan yang dibuat pengadu melibatkan penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu sedar bahawa penyalahgunaan laman sosial ini satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Berdasarkan peruntukan sedia ada iaitu di bawah Seksyen 232 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mereka yang terbukti bersalah boleh dihukum penjara tiga hingga tujuh tahun.

“Manakala bagi penyebaran maklumat atau kenyataan berbaur hasutan, individu terlibat berdepan tindakan di bawah Akta Hasutan,” katanya.

0 comments:

share2