Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 9, 2014

KUANTAN : AWAS KELUARKAN WANG WAKTU MALAM



Seorang sahabat facebookers mencatatkan kisah cemasnya ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM diwaktu malam di Indera Mahkota.

Menurut kenyataannya, selepas mengeluarkan wang dari mesin ATM berkenaan sahabatnya terus memasuki kereta dan kemudiannya didatangi oleh 2 penunggang motosikal yang didakwa membawa senjata parang lalu menahan kereta mereka.

Mujur ketika itu ada sebuah kereta lalu berhampiran yang mungkin menyedari kejadian berkenaan lalu membunyikan hon. 2 penunggang motosikal berhelmet itu terus melarikan diri. Kes berkenaan telahpun dilaporkan kepada pihak polis.

Melalui pengalaman itu, warga Kuantan diingatkan agar berhati-hati apabila mengeluarkan wang terutama pada waktu malam kerana mungkin anda sedang diperhatikan dan bakal jadi mangsa jenayah. Elakkan dari mengeluarkan wang dari mesin ATM pada malam hari dan jika terpaksa silalah bawa seorang atau dua kawan sebagai peneman. Elakkan dari melalui kawasan gelap kerana mungkin anda diekori.

0 comments:

share2