Semalam telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Piala Ahli Parlimen Bentong 2014 yang berlangsung di Gelanggang Arena Futsal Bentong. Kejohanan ini adalah pertandingan akhir setelah empat siri pertandingan yang membabitkan Dun Ketari, Dun Sabai, Dun Pelangai dan Dun Bilut sebelum ini. Kejohanan ini adalah usahasama Ahli Parlimen Bentong, YB Dato' Seri Liow Tiong Lai dan juga Majlis Belia Daerah Bentong.
Kejohanan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada golongan belia Parlimen Bentong. Turut menggamatkan suasana, apabila YB Dato' Seri Liow Tiong Lai turut sama menyertai perlawanan futsal persahabatan bersama sama dengan belia.
Johan bagi Kejohanan Futsal Piala Ahli Parlimen Bentong 2014 telah dimenangi oleh kumpula Leo dengan membawa pulang wang tunai RM2000 bersama piala. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh kumpulan Kancil Moto dan Anak Jantan. Manakala kumpulan Poka FC mendapat tempat keempat.
Rata rata belia yang menyertai pertandingan ini berharap pertandingan futsal seumpama ini diperbanyakkan lagi di masa hadapan. Bukan semata mata kerana mengejar hadiah yang ditawarkan sebaliknya ianya adalah peluang untuk mereka berkumpul dan bersukan sambil mengasah bakat.
0 comments:
Post a Comment